ASSALAMUALAIKUM DAN HAIII SEMUA PEMBACA DI RUANGAN ART HISTORY !!
Topik pada kali ini mengenai sejarah seni Buddha. Seni Buddha adalah antara seni yang tertua di dunia dan peradaban manusia. Seni Buddha berkaitan dengan agama Buddha yang mementingkan psikologi dan etika yang berkaitan dengan kehidupan. Seni Buddha bukan sekadar relik masa lalu tetapi seni yang dihasilkan berdasarkan inspirasi dalam Buddhisme.
Seni Buddha bermula apabila seorang Buddha telah meninggal dunia dan mayatnya dikebumi dan dibahagi kepada beberapa peti mati relik yang dikenali sebagai stupas. Peninggalan suci ini telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Saririka ,Uddesika dan Paribhogika. Saririka ialah peninggalan fisik Buddha manakala uddesika ialah simbol agama yang menyertakan imej Buddha, stupas dan dharmacakra seterusnya paribhogika ialah artikel yang digunakan oleh Buddha.
Pada awalnya, seni Buddha diwakili melalui simbol seperti roda dharma, tahta kosong dan jejak kaki Buddha. Bagaimanapun, patung-patung menjadi lebih jelas dan mula menggambarkan pemandangan dari kehidupan Buddha namun masih diwakili melaui simbol dan bukan dalam bentuk figura manusia. Dan seterusnya para seniman mula mengubah patung yang berbentuk simbol kepada figura manusia untuk menampakkan seni Buddha.

Tapak kaki Buddha
Roda Dharma
Selama berabad-abad berikutnya, terdapat bentuk baru Buddha yang melibatkan ritual yang lebih rumit. Telah diperkenalkan konsep bodhisattva syurgawi, dewa-dewa baru dicipta dan digambarkan dalam bentuk arca dan lukisan yang dicat. Imej-imej yang esoterik yang menggambarkan tuhan atau dewi dalam keadaan memeluk telah dihasilkan untuk menunjukkan bahawa keselamatan, kebajikan dan belas kasihan.
ANTARA PATUNG-PATUNG BUDDHA
No comments:
Post a Comment