Tuesday, October 24, 2017

SEJARAH SENI CHINA






Assalamualaikum dan selamat kembali ke segmen ART HISTORY yang seterusnya. Kali ini akan diceritakan tentang  seni yang tertua di dunia iaitu seni China. China merupakan salah satu negara yang mempunyai peradaban yang lama dan kaya dengan seni yang pelbagai. Maka tidak hairan lah seni China memang dikenali ramai.

Seni China mempunyai hubungan yang rapat dengan keindahan alam dan mementingkan keharmonian antara manusia dengan alam. Oleh itu, China amat menitik beratkan kesenian mereka.  

China amat dikenali dengan seni kaligrafi nya serta beberapa seni yang lain. Namun hanya akan diterangkan mengenai seni kaligrafi China yang terkenal sahaja dalam segmen ini. Kaligrafi ialah sebuah teknik menulis secara indah dan cantik mengenai sesuatu karakter China dengan menggunakan tinta ( dakwat ). Peralatan yang digunakan dalam membuat seni kaligrafi China ialah tinta, kertas, kuas dan bak tinta. Seni kaligrafi merupakan salah satu seni kaligrafi yang tertua dalam sejarah peradaban manusia.

Kuas

 Bak Tinta

Tinta dan Kuas

Seni kaligrafi china digunakan dalam menunjukkan emosi dan pandangan terhadap kehidupan serta alam. Kata-kata yang terdapat dalam seni kaligrafi China berbentuk cerita rakyat, doa dan pelbagai lagi. Seni kaligrafi China tidak berkaitan agama dan kepercayaan tertentu.



Antara Kaligrafi China














1 comment:

POP ART

                                                                                                                                          ...